Epitelium skuamus

Epitelium skuamus
Epitelium skuamus ialah salah sejenis epitelium.
Pengenalpastian
Terminologi anatomi
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "Code"

Dalam ilmu anatomi, epitelium skuamus (dari bahasa Latin squama, "sisik") merupakan sejenis epitelium yang bercirikan lapisan yang paling luarannya terdiri daripada sel-sel seakan sisik yang dipanggil sel epitelium skuamus. Epitelium boleh terdiri daripada satu lapisan daripada sel-sel ini, yang mana ia dipanggil epitelium skuamus ringkas, ataupun terdiri daripada berbilang lapisan, iaitu epitelium skuamus bersusun lapis. Kedua-dua jenis menjalankan fungsi yang berbeza, baik pertukaran nutrien mahupun perlindungan.

Antara penyakit barah yang menjejaskan epitelium skuamus termasuklah karsinoma sel skuamus, karsinoma sel basal, dan lain-lain tumor adneksa.

Sel epitelium skuamus berupa poligon apabila dilihat dari atas.[1]

  1. ^ Kühnel, Wolfgang (2003). Color atlas of cytology, histology, and microscopic anatomy. Thieme. m/s. 102. ISBN 978-3-13-562404-4.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy